Foreign Workers Centralized Management System

Sistem pemeriksaan kesihatan di negara sumber dan permohonan VDR secara atas talian sepenuhnya melalui sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS). Sehubungan dengan itu, majikan perlu mengambil tindakan berikut:

  1. Memastikan maklumat syarikat yang terkini telah dikemaskini dengan Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri seperti berikut:
    • Nama penuh (seperti dalam kad pengenalan);
    • Nombor telefon bimbit serta alamat e-mel bagi Pengarah Syarikat serta 2 orang wakil Person In Charge (PIC) yang dilantik pihak syarikat.
    • Maklumat Alamat Lokasi Tempat Bekerja bagi Surat Kelulusan Kuota yang dikeluarkan sebelum perubahan dasar KDN pada bulan November 2013 di mana Alamat Lokasi Tempat Bekerja digunakan untuk menggantikan Alamat Ibu pejabat Syarikat dalam Surat Kelulusan Kuota.
    • Maklumat Alamat Terkini bagi majikan untuk memastikan penghantaran iKad dapat dilakukan dengan lancar.
    • Sila pastikan anda membuat salinan Borang Kemaskini Maklumat untuk simpanan anda dan dapatkan cop terima semasa membuat penyerahan borang asal di kaunter Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri.
  2. Mendaftarkan syarikat di portal FWCMS di http://www.fwcms.com.my
  3. Memaklumkan Ejen Rekrutman Pekerja Asing berdaftar yang dilantik di negara sumber supaya:
    • Bakal pekerja yang ingin bekerja di Malaysia perlu melakukan pemeriksaan kesihatan di pusat perubatan yang dilengkapi sistem Bio-Medical sahaja (untuk senarai pusat perubatan bertauliah sila rujuk portal FWCMS).
    • Laporan kesihatan akan dihantar secara atas talian dan keputusan juga akan dimaklumkan secara atas talian.
    • Ejen perlu menghantar maklumat pekerja (yang telah lulus pemeriksaan kesihatan) dalam format MS Excel atau nombor passport kepada majikan melalui emel.
  4. Mengemukakan permohonan VDR melalui sistem FWCMS dan membeli insuran secara atas talian (untuk senarai Syarikat-Syarikat Insurans yang mengambil bahagian sila rujuk portal FWCMS).